KEMBALI KEPADA UMNO : DR M JILAT LUDAHNYA SEMULA ~ Ref Malaysiakini

Apa muslihat Dr Mahathir sehingga sanggup kembali kepada Umno yang dicerca, dihina dan dihentam sehingga 'rapat' olehnya sebelum ini. Kalau sebelum ini beliau memberikan seribu satu alasan mengapa beliau meninggalkan Umno beberapa bulan lalu, apa pula alasan dan putarbelit beliau tiba-tiba mahu menjilat semula ludahnya.

Apakah Pak Lah sudah berubah sehingga beliau sanggup 'melutut' kepada ketua Kerajaan 3 beranak ini. Apakah ada perjanjian antaranya dengan Pak Lah sehingga tanpa tanpa diundang Pak Lah beliau sanggup menelan semua kepahitan lalu.

Saya yakin Dr Mahathir mempunyai strategi tertentu mengapa beliau ingin kembali kepada Umno. Dr Mahathir sudah tentu risau kalau-kalau doa Anwar benar-benar dimakbulkan Allah diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dr Mahathir lebih rela Pak Lah menjadi Perdana Menteri dari ianya dipegang oleh Anwar. Mungkinkah Dr Mahathir merancang sesuatu sebagai usaha terakhir untuk menafikan hasrat Anwar dan rakyat yang mahukan kerajaan baru mengambilalih tampuk pemerintahan dari kerajaan zalim dan bobrok BN yang memerintah lebih dari separuh abad ini.

Hari ini tidak semena-mena Orang Kuat Pak Lah, Sanusi Junid membuat kenyataan bahawa Dr Mahathir akan memberikan sokongan kepada Ku Li bagi menentang Pak Lah pada pemilihan Umno Disember ini. Mungkin strategi beliau ingin rujuk kembali dengan Umno ialah sebagai satu cara untuk 'all out'membantu Ku Li berkempen untuk 'membuang' Pak Lah dari puncak kuasa tertinggi negara.

Mungkin juga Dr Mahathir akan 'team up' kembali dengan Pak Lah demi mengekalkan kuasa di tangan BN dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Dr Mahathir sudah tentu sakit hati dan takut jikalau Anwar menjadi Perdana Menteri. Orang yang salah sudah tentu takut untuk menghadapi kebenaran dan keadilan.

Kita tunggu dan lihat apa drama yang Dr Mahathir ingin buat selepas ini.

Media melaporkan hari ini bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad yang keluar Umno empat bulan yang lalu telah melahirkan hasrat untuk kembali ke pangkuan parti itu dengan mengambil kira perkembangan-perkembangan semasa.

Ketika mendedahkan perkara itu di Kuala Lumpur pagi ini, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyididn Yassin berkata, Dr. Mahathir sendiri memberitahu beliau akan hasratnya untuk kembali ke Umno bagi membolehkannya memberikan pandangan dalam usaha mengukuhkan semula Umno dan Barisan Nasional (BN) berikutan pelbagai perkembangan tidak menggembirakan sejak akhir-akhir ini.

Beliau memberitahu, Dr. Mahathir menyatakan persetujuannya untuk kembali kepada Umno dalam pertemuan beberaja jam antara kedua mereka Sabtu lalu.

Muhyiddin berkata, beberapa veteran Umno termasuk Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Sabbaruddin Chik dan Tan Sri Sanusi Junid telah berjumpa dengan Dr. Mahathir dalam pertemuan di Cyberjaya Sabtu lepas.

Dr. Mahathir bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen beliau mengenai perkara itu.

Menurut Muhyididn, hasrat Dr. Mahathir itu telah pun beliau sampaikan kepada Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak. semalam, tetapi belum berkesempatan bertemu Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Muhyiddin. pertemuan itu diadakan atas permintaan Dr. Mahathir sendiri yang ingin menyampaikan kepada beliau rasa bimbangnya terhadap perkembangan dalam Umno, BN serta beberapa perkembangan lain yang meninggalkan kesan negatif kepada rakyat banyak.

"Saya katakan kepada beliau, untuk beliau memberikan sumbangan secara lebih berkesan adalah lebih baik untuk beliau menyertai semula Umno. Beliau kemudian bersetuju.

"Ya, saya bersetuju, katanya tetapi kemudian beliau menyatakan kebimbangan sama ada akan diterima semula oleh Majlis Tertinggi.

"Tetapi saya jelaskan kepadanya bahawa ketika MT menerima keputusannya keluar Umno dahulu, kita terima dengan hati yang berat. MT juga ada membuat kenyataan ketika itu bahawa sekiranya beliau (Dr Mahathir) telah bersedia untuk kembali kepada Umno, MT akan menerima dengan hati yang terbuka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat MIDA di sini.

Pada 22 Mei lalu, Majlis Tertinggi (MT) Umno mengadakan mesyuarat khas hampir tiga jam menerima keputusan Dr. Mahathir untuk keluar Umno serta-merta.

Ketika mengumumkan keputusan MT pada hari tersebut, Najib berkata: "Kita telah menerima surat rasmi Dr. Mahathir. Ini bukan kehendak kita, ini kehendak beliau, jadi kita terima."

"MT berharap Tun akan kembali ke Umno pada satu masa nanti," kata beliau.

Dr. Mahathir yang memegang nombor keahlian Umno '1' mengumumkan keluar Umno di Alor Star pada 19 Mei.

Turut keluar ialah isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan anak mereka Mokhzani.

Bekas Setiausaha Agung dan Naib Presiden Umno, Tan Sri Sanusi Junid juga keluar Umno.

Comments

Unknown said…
For all the Pakatan Rakyat supporters,

Many sign shows that the 13th General Election will be coming very soon.

Do you ever wonder why the Ahmad issue can drag for so long and keep on be the headlines in the Main Stream Media which control by BeeNd?

The Ahmad case is one of the sign for UMNO to woo for Malay voters and MCA & Gerakan to woo for Chinese voters.

The UMNO Supreme Council will meeting tomorrow to discuss the punishment on Ahmad.
But the outcome is very clear! Ahmad will be either suspended or sack by UMNO.
Ahmad is just a chess for UMNO to letgo but inreturn to woo for Malays supports.

Then the MCA and Gerakan can proudly tell the Chinese community that they had successfully voice out to UMNO about the racial issue. They are no longer the ‘Yes Man’. So the Chinese community will have different view on them from now on.
And UMNO had take action to it member to show to Chinese community UMNO is not a racist party.

On the other hand, the UMNO will also take this issue as a warning to the Malay community that the Malay must stay united inorder to remain strong!

Pls tell others don’t be fool and fall into the trap set by BeeNd govt on this sandiwara.

Second, Si Mamakthir going to rejoin UMNO is also another desperate measure for BeeNd UMNO to woo support for Malay voters.
Mamakthir more willing to let Bodohwi become the PM instead of Anwar.

Once there is a defection regardless on 16th Sept or later, BeeNd govt will dismiss the Parlimen.
For the state govt control by PR, most likely will not follow.
That will be great as we can concerntrate on all the parlimen seats.
We want to make dorah bodohwi and najis loss their seats this time round.

PeoplePower
Apanama said…
Awat hang dok ketaq pasai Tun Dr.Mahathir masuk balik Umno.
Idola hnag Anwar Abraham kan panglima tersohor di-nusantara...awat hang kecut pelak.
piiiiiiiiiiiiiiiirah... hang pi tanggal baju kot lusoh tu dulu, nampak mcm badut sarkesss.