ISU PROTON V6 : PELIK TAPI BENAR, ORANG LAIN BUAT SALAH ORANG LAIN KENA ~ Ref Malaysiakini

Isu caj servis kereta Proton V6 bekas Exco-Exco Terengganu dan Menteri Besar merupakan satu lagi perkara Pelik tetapi benar.

Orang lain yang buat salah orang lain yang kena. Sungguh menghairankan Pusat Servis yang mengenakan caj yang tinggi pula yang kena dakwa sedangkan tuanpunya kereta tidak didakwa.

Bukankah Tuan Punya kereta yang memilih Pusat Servis mana yang dia suka dan dia juga berhak menolak pembayaran yang mahal itu. Takkan sudah bertahun-tahun beliau menggunakan kereta V6 beliau tidak tahu berapa lebih kurang caj yang dikenakan.

Bukankah pihak yang meluluskan 'claim' duit kerajaan negeri juga berhak mempersoalkan mengapa caj terlampau tinggi. Takkan lah pihak terbabit tidak perasan bahawa ada 'abnomality' di mana caj yang dikenakan terlampau tinggi.

Mengapa pihak yang meluluskan pembayaran 'claim' caj kereta ini tidak dikenakan tindakan, bossnya serta juga semua Exco dan Menteri Besar yang menjadi tuanpunya kereta tidak dikenakan tindakan.

Hebat betul wayang hindustan yang dimainkan oleh Bekas-bekas Exco, Menteri Besar dan BPR Terengganu sehingga yang menjadi kambing hitam ialah Pusat Servis yang dikatakan mengenakan caj yang terlalu tinggi.

Bodohkan sangat ke MB, Exco-Exco dan pegawai yang meluluskan 'claim' caj ini sehingga boleh ditipu oleh Pusat Servis ini bertahun-tahun lamanya.

Kalau macam inilah cara Umno/BN perintah alamatlah negara dan negeri kita lambat laun akan tergadai kerana terlalu dungu sehingga begitu mudah ditipu.

Atau mungkin ada udang disebalik mee hon sehingga ikan jerung terlepas ikan bilis tersangkut dijaring.

Mengapa kerajaan BN masih ingin memperbodohkan rakyat sedangkan isu sebegini amat mudah difahami dan semua tergelak bila meneliti rentetan drama ala MGR yang dimainkan oleh BPR dan kerajaan BN ini.

BPR memulakan siasatan berhubung kes berkenaan sejak Julai lalu selepas kerajaan negeri mengumumkan pembelian 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh Exco kerajaan negeri.

Pembelian itu atas alasan kos penyenggaraan Proton Perdana V6 berkenaan yang terlalu tinggi iaitu mencecah RM1.07 juta dari 2004 sehingga tahun ini di samping atas faktor keselamatan.

Sepanjang penyiasatan kes berkenaan, BPR telah menahan tujuh pemilik bengkel untuk siasatan manakala lebih 20 orang telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk pegawai dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan mekanik.

BPR turut mengambil keterangan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan beberapa Exco kerajaan negeri bagi membantu siasatan.

Syabas pelakon-pelakon Drama BN. Yang pasti rakyat TIDAK AKAN REDHA WALAU SATU SEN PUN duit mereka digunakan untuk kepentingan diri dan masuk poket sendiri. Tunggulah balasan Allah nanti kalau bukan di dunia sudah pasti di Akhirat rakyat dan pemimpin yang terlibat akan berjumpa jua.

Comments