Gerakan terus mengugut BN untuk keluar dari gabungan yang semakin lemah dan rapuh tersebut. Sudah dua kali pemimpin Gerakan, Koh Tsu Kon berkata bahawa partinya akan mengkaji sedalam-dalamnya peranan Gerakan di dalam BN.
Beliau sangat kesal dengan beberapa isu yang berlaku sejak akhir-akhir ini terutama selepas kekalahan teruk Gerakan dan BN pada pilihanraya umum lepas. Gerakan hanya tinggal dua kerusi parlimen yang diibaratkan bagaikan batu nesan. Itu pun salah satunya kerusi parlimen Gerik yang majoritinya Orang Melayu yang dimenangi oleh Tan Lian Hoe setelah kerusi Bukit Gantang diserahkan kembali kepada Umno. Nasib baik Gerakan bertanding di Gerik kalau tidak kemungkinan besar Gerakan akan tergolek ditangan PAS di Bukit Gantang seperti kecundangnya Azim Zabidi yang mewakili Umno di kerusi tersebut.
Hari ini Koh Tsu Kon, Ketua Menteri Pencen ini sekali lagi mengulangi kenyataannya semalam bahawa Gerakan akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika ia tidak dapat memainkan peranan "yang bermakna" dalam perikatan berusia lebih lima dekad itu.
Gerakan sedang menyemak semula peranannya dalam BN, kata beliau dua hari selepas menyatakan pandangan sedemikian di Kelantan.
Kelmarin, kata beliau, Gerakan akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam BN sekiranya partiparti komponennya terutamanya Umno, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakya.
Saya yakin Koh Tsu Kon sedang bermain politik dengan Umno. Mungkin ada tuntutan yang akan dibuat oleh Gerakan kepada UMno menyebabkan Koh begitu beriya-iya mengugut Umno. Mungkin juga Gerakan inginkan kerusi di dalam kabinet kerana sekarang Gerakan tidak mempunyai seorang pun wakil di dalam Kabinet Pak Lah setelah Koh sendiri menolaknya.
Atau mungkin juga Gerakan benar-benar sudah muak dan mual dengan tingkah laku Umno yang tidak pernah mengaku salah dengan kekalahan BN pada PRU ke 12 lalu. Kemungkinan memang ada untuk Gerakan menyertai Pakatan Rakyat kerana sememangnya Gerakan lantang mempertikaikan apa juga keputusan Kerajaan sejak akhir-akhir ini. Gerakan sebenar sedar bahawa hayat BN sudah sampai ke penghujung sebab itulah mereka mencari pelbagai alasan untuk menghentam BN bagi membolehkan mereka menyertai PR.

Comments