CADANGAN RAIKAN JUGA RAKYAT MELAKA YANG LAHIR PADA 16 SEPT ~ Ref Malaysiakini

Saya difahamkan YAB Ketua Menteri Melaka akan meraikan rakyat negeri Melaka yang lahir pada 31 Ogos bertempat di Masjid Bukit Beruang, Ayer Keroh pada jam 6 petang ini. Tahniah saya ucapkan kepada YAB kerana sudi meraikan kawan-kawan yang lahir pada 31 Ogos ini.

Namun saya harap Datuk Seri jangan lupa meraikan kawan-kawan kita yang lahir pada 16 September tarikh pembentukan Malaysia satu lagi tarikh penting dalam sejarah negara kita. Kasihan mereka, mereka juga lahir pada tarikh yang bersejarah juga bukan 31 Ogos sahaja. Malah mungkin juga 16 September tahun ini mencatatkan satu lagi sejarah negara kita iaitu rakyat dan negara dibebaskan dari cengkaman kerajaan BN yang terus menerus menzalimi rakyat dengan menaikkan harga minyak dan membiarkan harga barangan melambung tinggi.

Jadi apa salahnya YAB meraikan kedua-duanya sekali nanti iaitu meraikan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 dan sekaligus melahirkan pembentukan Malaysia Baru yang bebas dari cengkaman kezaliman ISA, OSA, AUKU, kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, rasuah, kronisme dan sebagainya.

Tahniah dan syabas Datuk Seri.

Comments