ANWAR : KERAJAAN BN AKAN TUMBANG BEBERAPA MINGGU LAGI ~ Ref Malaysiakini

Anwar sedang berceramah di Stadium Kelana Jaya sekarang. Ada pemerhati berpendapat Anwar akan mengumumkan perkara penting di hadapan 25,000 penyokong PR malam ini.

Hampir semua pemimpin tertinggi PR hadir pada malam ini.

Semua penonton seakan-akan tidak sabar untuk mendengar pengumuman beliau samada malam ini atau esok.

Lim Guan Eng ketika ditanya media tentang pengumuman itu berkata 'Tunggu Anwar".

Anwar dalam ceramahnya menegaskan bahawa PR sudah bersedia menubuhkan kerajaan. Kita mahu mengadakan pertemuan dengan Pak Lah secepat mungkin untuk membincangkan proses pertukaran kerajaan yang licin dan teratur. Kita sudah cukup ahli parlimen dan esok adalah 'D-day', kita sudah bersedia membentuk kerajaan.

Menurutnya PR telah menghantar surat kepada Pak Lah semalam (15 Sept) untuk bertemu dengannya untuk membincangkan proses peralihan kuasa dengan licin dan lancar.

"Esok kita telah bersedia, tetapi masa yang terbaik ialah selepas kita bertemu dengan Pak Lah, proses peralihan kuasa yang licin dan teratur sangat kita tuntut" kata Anwar dengan yakin.

Anwar memberitahu media bahawa kerajaan BN akan tumbang dalam masa beberapa minggu lagi.

Ceramah Anwar yang disiarkan secara langsung melalui blog Anwaribrahim di alamat http://www.justin.tv/anwaribrahim tersekat separuh jalan, ramai yang naik berang menghantar pesanan ringkas di chatting box dengan nada marah dan kesal.

Comments