ALAHAI PAK LAH, SAYA DAH PESAN SURUH UNDUR KAMU DEGIL ~ Ref Malaysiakini

Pak Lah terus dimalukan dan didesak supaya 'resigned' dari jawatan yang sangat disayanginya iaitu Perdana Menteri dan Presiden Umno. Semalam pada mesyuarat MT Umno sekali lagi Imam Besar Hadhari ini dimalukan di hadapan sekelian anak buahnya. Beberapa orang anak buahnya tanpa takut dan segan mendesak Bapa Mertua Khairy Jamaluddin dan saudara Patrick Badawi itu meletakkan jawatan.

Menurut sumber-sumber yang layak dipercayai, desakan tersebut dibuat oleh sekurang-kurang tiga ahli MT ketika bercakap mengenai pergolakan dalam Umno sekarang.

Manakala dua lagi ahli MT difahamkan telah meminta Abdullah meletak jawatan selewat-lewatnya semasa perhimpunan agung tersebut.

Namun pemimpin dari Kepala Batas ini memang keras kepala mungkin kerana dia berasal dari KEPALA Batas maka ia merasakan kepalanya keras susah untuk ditumbangkan.

Difahamkan ahli-ahli MT yang lain juga mahu menyuara pandangan mereka tetapi Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak mencelah dan membodek dengan berkata beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan 'Boss' yang dibencinya itu.

Pak Lah kemudiannya berkata, beliau juga akan membincangkan perkara yang sama dengan Najib selepas ini.

Antara yang membangkitkan perkara tersebut termasuk ahli MT yang terdiri daripada menteri kabinet.

Jadi sudah jelas lagi bersuluh sekarang bahawa Pak Lah hampir pasti akan dimalukan kali ini jika masih berdegil tidak mahu berundur. Kemungkinan besar sistem kouta yang dipertahankan oleh Pak Lah akan memakan dirinya di mana beliau kemungkinan besar tidak dapat kouta yang cukup untuk bertanding jawatan Presiden.

UndurLAH UndurLAH UndurLAH UndurLAH UndurLAH UndurLAH

Comments