Akhbar arus perdana nampaknya tidak pernah insaf dengan keadaan semasa dan situasi terkini. Akhbar ini terus menerus mengelirukan rakyat dengan berita-berita berat sebelah dan kadang-kadang memanipulasikan berita untuk menggambarkan kejelikan Pakatan Rakyat.
Tugas mereka tidak lain hanya untuk menjadi Pak Sanggup dan Kuda Tua Tunggangan BN. Dari dahulu kini dan selamanya perangai akhbar-akhbar ini tidak pernah berubah.
Apakah mereka menyangka bahawa mereka terlepas dari perhitungan Allah dengan menyiarkan berita-berita palsu, fitnah, mengelirukan serta adu domba sebegitu?
Saya masih ingat isi ceramah Tuan Guru Presiden PAS puluhan tahun lalu memberi amaran kepada akhbar-akhbar angkuh ini. Antara lain Tuan Guru berkata, akhbar akan menanggung dosa fitnah, tohmah dan sebagainya selagi perkara terlekat di dalam kepala pembacanya. Akibat berita, artikel dan rencana yang berunsur fitnah, tohmah, mengelirukan, manipulasi tersebut, rakyat memusuhi PAS malah bukan PAS sahaja mereka juga memusuhi Islam dengan beriktikad Islam tidak mampu memerintah, Islam suka memfitnah, mengadu domba dan seribu satu macam perkara buruk yang dilemparkan kepada musuh politik BN. Akibatnya pemikiran rakyat menjadi bercelaru dan pening, siapa yang bertanggungjawab kalau bukan media ini.
Selagi pemikiran pembaca dipesongkan disebabkan laporan, berita dan artikel selagi itulah akhbar ini bertanggungjawab di hadapan Allah.
Saya hairan mengapa Tok Dalang-Tok Dalang akhbar ini tidak mahu belajar dari keadaan dan situasi terkini. Fakta dan bukti terbentang di hadapan kita bahawa walaupun macamana hebat fitnah, penipuan, manipulasi, tohmah dan sebagainya dilemparkan kepada Pakatan Rakyat, rakyat masih memilih dan mengundi PR pada Pilihanraya Umum lalu dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Ini jelas membuktikan bahawa perana pencacai BN yang dimainkan oleh akhbar ini sudah gagal mempengaruhi pemikiran rakyat.
Setiap kali kempen pilihanraya akhbar-akhbar pembodek ini saban hari malah mungkin saban jam (melalui versi internet) mencemuh, mencaci, melaporkan keburukan PR dan calon PR tetapi PR masih mampu mendapat sokongan rakyat.
Dalam situasi politik hari ini, akhbar pencacai ini terus memainkan peranan untuk menggagalkan rancangan PR bertapak di Putra Jaya. Bermacam berita negatif dihamburkan kepada rakyat tentang Anwar dan Pakatan Rakyat. Tidak perlu saya nyatakan di sini orang kampung semua sudah tahu.
Apa yang saya ingin kongsikan dengan akhbar pencacai ini ialah hati-hati melaporkan berita dan laporan kamu kerana Insya Allah PR akan perintah dan akhbar pencacai yang suka berbohong dan jahat seperti diharapkan tidak mempunyai tempat dalam negara kita. Akhbar ini mesti diajar, diasuh dan ditarbiyah supaya lebih bertanggungjawab sebaik sahaja PR memerintah.

Comments