41 AHLI PARLIMEN TERBANG KE TAIWAN UNTUK DIKUARANTINKAN HARI INI? ~ Ref Malaysiakini

41 Orang Ahli Parlimen BN telah terbang ke Taiwan hari ini untuk dikuarantinkan dari melompat menyertai Pakatan Rakyat. Langkah ini jelas sebagai jalan untuk menghalang pembentukan kerajaan PR yang bakal dibentuk pada 16 September.

Persoalaannya mengapa tergesa-gesa benar mereka 'diterbangkan' sedangkan sebelum ini tidak pernah kita mendengar akan adanya lawatan seperti ini.

Jelas sekali lawatan ini dirancangkan semata-mata untuk menggagalkan perancangan Pakatan Rakyat. Kita hairan mengapakan begitu 'sengkek' pemikiran pemimpin BN sehingga sanggup menggunakan duit rakyat menghantar ahli-ahli parlimen ke luar negeri. Bukankah ahli-ahli parlimen ini akan pulang juga ke tanahair nanti. Sudah tentu jika benar mereka ingin melompat, maka sebaik sahaja mereka pulang sudah tentu mereka boleh melompat juga.

Selain itu bukankah mereka juga boleh email atau fax apa juga keputusan yang mereka buat, Umpamanya mereka boleh email atau fax kenyataan dan pengakuan bahawa mereka keluar dari BN dan menyertai Pakatan Rakyat. Maka sudah tentu hasrat untuk menggagalkan perancangan PR juga akan berkecai.

Akhirnya yang rugi ialah rakyat, di mana wang rakyat yang jumlahnya mungkin mencecah ratusan ribu ringgit hangus begitu sahaja untuk membiayai lawatan ahli-ahli parlimen ini ke Taiwan kerana untuk menyelamatkan kerajaan BN.

Saya sebagai rakyat Malaysia tidak REDHA walau satu sen pun duit saya digunakan untuk kepentingan BN. Saya tidak akan MENGHALALKAN duit saya untuk kegunaan dan kepentingan diri sendiri dan BN.

Comments