SEMINAR BLOGGER MELAKA DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN

Seminar Bloggers Melaka yang dianjurkan oleh Lajnah IT Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka mendapat sambutan hebat dikalangan para bloggers negeri Melaka.

Kertas Kerja pertama yang dibentangkan oleh Wartawan Kanan Harakah, Haji Roslan Hamid mengenai Asas Penulisan Berita.

Kertas Kerja kedua Cara penulisan Blog disampaikan oleh Greenboc, Webmaster Tranungkite Online.
Seorang peserta seminar yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, program ini amat berguna untuk seluruh pencinta internet untuk memulakan dunia blog masing-masing. Seminar begini, katanya perlu diadakan dari masa ke semasa untuk meningkatkan lagi kemahiran para bloggers dan pencinta internet.

Comments