PMTG PAUH : TOPENG ANWAR DILARANG DARI DIPAKAI - Ref Malaysiakini

Pihak keselamatan tidak membenarkan topeng Datuk Seri Anwar Ibrahim dipakai oleh perayu-perayu undi Pakatan Rakyat di Peti Undi Kampung Pertama.

Tidak dapat dipastikan mengapa ini berlaku kerana di tempat mengundi lain ianya dibenarkan.

Berlaku sedikit kekecohan di mana penyokong Anwar membantah keputusan pihak keselamatan ini. Tinjauan saya mendapati perayu-perayu undi PR selepas itu terus memakainya.

Bilangan pengundi yang keluar mengundi pagi ini adalag memberangsangkan. Pondok-pondok panas kedua-dua parti terutama PR semakin sibuk melayani kedatangan penyokong masing-masing. Kedua-dua belah bahu jalan dipenuhi dengan penyokong-penyokong kedua-dua parti. Di kesemua peti undi dilaporkan penyokong PR lebih ramai dari BN.

Comments