PMTG PAUH : KEADAAN SEMAKIN PANAS DGN PERAYU BERBALAS EJEKAN - Ref Malaysiakini

Keadaan di kebanyakan tempat membuang undi semakin panas dengan perayu undi di kebanyakan tempat berbalas ejekan terutama perayu undi Pakatan Rakyat dan Puteri Umno.

Di kebanyakan tempat mengundi kebanyakan perayu undi Umno adalah puteri-puteri Umno. Di Peti Undi Permatang Rawa berlaku sedikit kekecohan di mana seorang petugas Umno dilihat cuba mencetuskan pergaduhan setelah pengundi yang diangkut oleh kereta BN turun dan disambut oleh perayu PR. Beliau tidak berpuashati dan mengeluarkan kata-kata tidak manis kepada perayu undi Pakatan Rakyat.

DI kebanyakan Peti undi dilaporkan bahawa bilangan pengundi yang mengunjungi pondok panas kedua-dua pihak adalah seimbang.

Comments