Pesta Rasuah politik telah bermula dengan bermula pemilihan Umno Julai lalu. Bermula dengan pemilihan cawangan sehingga ke peringkat Bahagian dan Pusat maka dengan 'rasmi'nya bermula pesta rasuah.
Kalau pemilihan sebelum ini menyaksikan 'ikan jerung', Isa Samad telah disabitkan kesalahan dengan rasuah politik kali ini saya menjangkakan pemimpin-pemimpin Umno yang akan bertanding akan terus mengamalkan rasuah untuk menang pada pemilihan ini. Ini kerana pemimpin Umno yang bertanding tahu bahawa walaupun mereka mungkin ditangkap kerana melakukan rasuah namun ianya tidak memberi bekas. Malah kesemua perasuah-perasuah pada pemilihan lalu hanya dikenakan hukuman yang ringan umpamnya digantung keahlian selama 4 tahun atau kurang. Malah ada yang hanya diberi amaran. Contohnya Isa Samad, Zaid Ibrahim dan lain-lain. Mereka ini juga bebas bertanding kali ini dan mereka ini nampaknya terus mendapat sokongan dan pencalonan untuk bertanding jawatan tertentu kali ini.
Isa Samad sendiri mendapat semua pencalonan dari cawangan-cawangan dalam bahagian Teluk Kemang yang telah bersidang. Jadi tidak ada apa yang hendak dikhuatirkan oleh pesalah-pesalah rasuah ini kerana mereka tidak dikenakan tindakan mahkamah. Malah terus mendapat kepercayaan ahli-ahli untuk menjadi pemimin Umno di pelbagai peringkat.
Semalam Pesta Rasuah yang saya katakan terbukti berlaku apabila Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan calon Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Nor Awang kerana disyaki memberi sogokan wang kepada seorang ahli UMNO untuk mengundinya pada mesyuarat cawangan.
Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull memberitahu Mingguan Malaysia, Mohd. Nor ditahan ketika memberi sogokan RM500 kepada ahli berkenaan di Seremban pada pukul 4 petang semalam.
Menurutnya, BPR akan memohon perintah tahanan reman daripada mahkamah terhadap Mohd. Nor esok.
‘‘Mohd. Nor ditahan kerana memberi wang suapan kepada seorang ahli UMNO untuk mengundinya dalam pencalonan jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban pada satu mesyuarat cawangan.
‘‘Mohd. Nor ditahan kerana kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997,’’ katanya ketika dihubungi malam tadi.
Difahamkan Mohd. Nor yang kini merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban ditahan di sebuah pusat beli-belah di Ampangan, Seremban.
Penahanan beliau adalah kes pertama membabitkan calon yang bertanding bagi pemilihan UMNO untuk penggal 2008/2011 kerana dakwaan politik wang.
Dalam pemilihan UMNO Bahagian Seremban kali ini, Mohd. Nor mencabar penyandang jawatan itu, Datuk Ishak Ismail.
Sehingga hari ini, Mohd. Nor telah mendapat 13 pencalonan manakala Ishak memperoleh sembilan pencalonan daripada 22 cawangan yang telah bermesyuarat. Bahagian tersebut mempunyai 67 cawangan.
Pada pilihan raya umum lalu, Mohd. Nor yang menggantikan Datuk Zakaria Nordin bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rashid Latiff bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan.
Namun saya rasa mungkin Mohd Nor akan terlepas demi untuk menjaga nama baik Umno. Ini kerana banyak kes seperti ini pada pemilihan tahun lepas tidak dilaporkan kepada BPR. Jika dilaporkan sekalipun ianya tidak dibawa ke mahkamah.
Comments
Bukan setakat mengundi, mencalon pon dapat habuan. sampai RM6000, satu pencalonan!!!!!!!! Astagfirullah hal azim. Orang kita ni tak ingat langsung hari ahirat, tertumpu hal dunia dan kuasa.
Belum jadi menteri lagi, mana dapat duit bertimbun tu? Yang memberi dan menerima tu sama saje. Tambah lagi keadaan ekonomi yang meruncing ,ahli umno sekarang yg keparat dengan rela hati mengambil suapan ini. Ini realiti konsep hidup orang umno sekarang. Sungguh malu dan sedih, ia berlaku dikalangan muslimin kita, yang luarannya hanya la pura2. Orang2 yang bergelar haji, setiap tahun pergi umrah, mana maruah diri???