ENGGAN TANDATANGAN AKU JANJI, APA MAKNANYA ~ Ref Malaysiakini

Beberapa Ahli Parlimen BN di Sabah seperti Datuk Anifah Aman, Datuk Abdul Ghapur Salleh, Datuk Eric Majimbun dan Datuk Dr. Chua Soon Bui dilaporkan tidak akan menandatangani surat jaminan kesetiaan yang diusahakan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Mengapa mereka tidak mahu menandantanganinya? Apa sebabnya? Adakah ini menandakan bahawa mereka akan melompat menyertai Pakatan Rakyat?

Saya berpendapat bahawa BN semakin terdesak sehingga terpaksa menjatuhkan maruah ahli-ahli Parlimen mereka sendiri dari Sabah dan Sarawak dengan memaksa ahli-ahli parlimen itu menandatangani akujanji tidak akan menyertai Pakatan Rakyat.

Keputusan memaksa ahli-ahli parlimen menandatangani akujanji itu merupakan satu penghinaan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat ini. Mereka dilayan umpama budak sekolah yang belum matang.

Jelas sekali BN takut kepada bayang-bayang sendiri sehingga terpaksa mengambil tindakan yang tidak masuk akal.

Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yasin sendiri tidak bersetuju dengan keputusan membuat akujanji ini. Muhyiddin berkata bahawa walaupun kita perlukan jaminan mereka, (cukuplah) kita pegang secara gentleman apa yang mereka sebutkan.

Beliau juga berkata ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak sendiri telah nyatakan bahawa mereka bukannya barangan yang boleh dijual beli, mereka ada prinsip.

Mereka berpendapat langkah itu sebagai bentuk penghinaan seolah-olah tidak setia kepada parti dan mudah berpaling tadah.

Muhyiddin berkata, menandatangani surat jaminan taat setia itu adalah keputusan peribadi yang perlu dibuat secara sukarela.

''Saya fikir janganlah kita timbulkan hal-hal yang boleh mengakibatkan perasaan tidak berapa selesa mana-mana pihak,'' katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menegaskan, isu lompat parti walaupun perlu ditangani dengan serius tidak wajar digembar-gemburkan.

Katanya, rakyat telah muak dengan isu dalaman parti, sebaliknya lebih berminat untuk mengetahui perancangan kerajaan dan hala tuju ekonomi negara.

Comments

Hi semua,

Menteri Shafie Apdal tidak cakap benar apabila menyatakan semua 54 ahli Parlimen dari Sabah and Sarawak, termasuk 2 dari SAPP, telah bersetuju untuk menandatangani akujanji itu.

Selepas itu, kenyataan TDM kemudian bahawa tak perlu menandatangani akujanji menunjukkan sudah ada retakan di kalangan ahli-ahli parlimen dari 2 negeri itu.