Ayah dan Ibu,
Ayah dan Ibu adalah permata hidupku,
Menjelang Ramadhan ini aku dan keluargaku kembali mengunjungi ayah dan ibuku nun jauh di desaku. Sudah hampir 2 purnama ku tidak menjengah dan mengucupi ayah dan ibuku. Runtunan hatiku yang kuat untuk pulang ke desa menjadi pemangkin aku kuatkan semangat untuk pulang desaku walaupun pelbagai kekangan ku rempuhi jua.
Ayah dan ibuku,
Ramadhan menjelma menjadi nostalgia abadi di dalam hidupku, bagaimana getirnya aku untuk bangun bersahur sehingga satu desaku mendengar suara ibuku membangunkan ku untuk bangun sahur.
Di saat berbuka pula sudah tentu dinantikan olehku dan abang-abangku. Kami makan sehingga penuh perut dan tersandar di dinding. Kini semua itu hanya tinggal kenangan. Perkara ini kini diulangi oleh anak-anakku yang semuanya lelaki.
Namun aku bersyukur kerana kedua-dua ayah dan ibuku masih ada dan sihat (cara orang tua). Khabarnya mereka akan menunaikan haji sekali lagi tahun ini setelah meyahut seruan Allah kali pertama pada tahun 1983 dahulu.
Ayah dan Ibuku,
Ampunkan anakmu ini di atas segala salah silap dalam menghadapi Ramadhan ini, moga-moga Ramadhan ini memberikan keberkatan dan kemanisan kita dalam menjalani suruhan Allah ini. Moga-moga kita mendapat rahmat dan keredhaan Allah S.W.T. dan kita keluar dari Madrasah Ramadhan sebagai seorang hamba yang suci bersih dan dosa dan noda.

Comments