ANWAR AKAN DIHADAPKAN KE MAHKAMAH DAN TIDAK DIBENARKAN IKAT JAMIN - SAIFUDIN NASUTION - Ref Malaysiakini

Pelbagai usaha akan dilakukan oleh pihak tertentu untuk mengagalkan usaha Anwar untuk kembali ke parlimen dan akhirnya membentuk kerajaan pusat yang baru menjelang 16 September ini.
Usaha pertama ialah menuduh beliau meliwat Saiful Bukhari Azlan dengan menjadi Saiful sebagai pelakon utamanya.
"Tuduhan liwat merupakan usaha untuk menggagalkan perancangan Pakatan Rakyat untuk merampas kerajaan pusat".
"Kalau diibaratkan keretapi Butterworth ke Kuala Lumpur, keretapi kita sudah sampai ke Rawang dan tergelicir sedikit dari landasan, maka sudah tentu ia memakan masa untuk diperbaiki" .
"Saya yakin keretapi kita akan sampai ke Kuala Lumpur dan Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan baru menggantikan Barisan Nasional" kata Saifudin ketika berceramah di Dataran Pejabat PAS Bukit Katil malam tadi.
Menurutnya Umno dan Barisan Nasional cukup takut kalau-kalau Anwar dapat memasuki Parlimen sebab itulah pelbagai usaha dirancang untuk menghalang beliau.
Jadi usaha terakhir mereka untuk menghalang kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat ialah menghadapkan Anwar ke mahkamah dan hakim akan membuat keputusan tidak membenarkan Anwar diikat jamin.
"Kita kena ingat bahawa hakim adalah hakim politik, Peguam negara adalah lantikan politik, ini terbukti apabila perkara sama berlaku dalam kes liwat tahun 1998 dahulu" kata Saifuddin yang merupakan Ahli Parlimen Machang dan Perancang Strategi PKR.
Ceramah beliau tersebut mendapat sambutan yang diluar dugaan apabila orang melimpah sehingga keluar dataran Pejabat PAS Bukit Katil.

Comments