TERKINI : UMNO PERTIMBANGKAN UNTUK TARIK DIRI DARI KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL


KUALA LUMPUR 13 OKT : Setiausaha Agong Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Umno mempertimbangkan untuk menarik diri dari kerajaan Perikatan Nasional. 

Beliau berkata demikian pada sidang media yang berlangsung pada jam 10.50 malam ini di PWTC di sini sebaik sahaja selesai Mesyuarat Biro Politik Umno yang berlangsung lebih 5 jam. Perkembangan menguatkan spekulasi bahawa Umno bakal menyokong kerajaan baru pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Comments