PORTFOLIO KESIHATAN TIDAK PENTING DALAM KERAJAAN SABAH?


Portfolio kesihatan tidak penting dalam kerajaan baharu Sabah sebab tiada kementerian tersebut diujudkan untuk menguruskannya. 

Barisan penuh kabinet Sabah secara rasmi mengangkat sumpah pada Khamis lalu namun tidak ada portfolio kesihatan diberikan kepada mana-mana menteri walaupun Sabah menjadi pusat gelombang Covid-19 terbaru di negara ini.

Ketika dihubungi, timbalan ketua menteri Sabah Bung Moktar Radin menjelaskan perkara itu bagi mengelakkan pertindihan tugas kerana portfolio kesihatan berada di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Bagaimanapun, Bung memberitahu Malaysiakini bahawa kabinet Sabah akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat yang akan diadakan pada 14 Okt.

"Kami akan membincangkan perkara itu pada Rabu depan. Kita tidak akan menambahkan menteri lain (dalam kabinet) tetapi akan memberikan portfolio ini kepada salah seorang menteri (yang ada)," katanya.


Comments