COVID-19 : 6 LAGI MENINGGAL, 354 KES BARU. MASIH TERKAWAL?

Angka korban terus meningkat di mana 6 orang lagi meninggal dunia hari ini.

Jumlah kes baru Covid-19 setakat 12 tengah hari ini adalah sebanyak 354 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham

Sementara itu, 68 pesakit sedang dirawat di ICU dengan 25 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Enam korban pula direkodkan di Sabah menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 152 kes.

Menurut Dr Noor Hisham dua kematian direkod di Hospital Tawau melibatkan lelaki berusia 54 (kematian ke-147) dengan latar belakang penyakit darah tinggi serta asma dan wanita berusia 58 tahun (kematian ke-150).

Gambar sekadar hiasan.

Comments