COVID-19 : 3 LAGI MENINGGAL DUNIA, 374 KES BARU


Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 374 kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat tengah hari ini.

Sabah kekal sebagai negeri dengan kes baru tertinggi dengan 277 kes, diikuti Selangor dengan 44 kes.

Jumlah kes baru di Selangor meningkat hampir dua kali ganda berbanding semalam dengan 24 kes.

Sementara itu, KKM memaklumkan terdapat tiga lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia, menjadikan jumlah kematian setakat ini kepada 155 kes.

Jumlah pesakit yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah 73 orang, meningkat lima orang berbanding semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 28 pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Gambar sekadar hiasan

Comments