375 kes baru Covid-19.


Sebanyak 375 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini, termasuk empat kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada taklimat medianya secara maya di Facebook berkata, Sabah kekal sebagai negeri yang masih mencatatkan peningkatan kes tertinggi iaitu sebanyak 271 kes.

Ia diikuti dengan Selangor (36 kes), Kedah (16 ), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan (masing-masing10), Sarawak (6), Johor, Perak dan Terengganu (masing-masing 5), dan Putrajaya (masing-masing 2) manakala satu kes di Melaka dan Pulau Pinang.

Jumlah kes keseluruhan kini sebanyak 14,368.

“Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lima kes kematian berkaitan Covid-19.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia adalah sebanyak 146 kes atau 1.02 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya sambil menambah semua mangsa adalah dari Sabah.

Dr Noor Hisham juga berkata jumlah pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) bertambah dari 40 kes semalam kepada 60 kes hari ini.

Sebanyak 20 pesakit memerlukan ventilator, berbanding 13 kes semalam.

Berikut status terkini Covid-19 setakat hari ini:

Jumlah discaj baru: 18

Jumlah kumulatif discaj: 10519 (73.2%)

Jumlah kes baru; 375

Jumlah kumulatif: 14,368

Jumlah kes aktif: 3703

Kes tempatan:371 (342 warga negara, 29 bukan warga negara)

Kes import: 4 (4 bukan warga negara)

Jumlah kematian: 5

Jumlah kumulatif kematian: 146 (1.02%)

Jumlah kes di ICU: 60

Pesakit intubated: 20

Comments