RADZI JIDIN MULA BERKEMPEN DI SEKOLAH?


PENAMPANG, 5 Sept -- Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi penekanan untuk menambah baik sekali gus memperkasakan lagi program pendidikan khas di Sabah termasuk menyediakan kepakaran dan infrastruktur lebih kondusif bagi pembelajaran murid-murid berkeperluan khas di negeri itu.

Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata pembangunan pendidikan khas merupakan antara komponen penting yang perlu diberi perhatian khusus dalam usaha membolehkan anak-anak berkeperluan khas mendapat pendidikan di sekolah.

"Ia merupakan satu komponen penting. Masih banyak ruang untuk kita menambah baik program ini khususnya dalam menyediakan kepakaran dan infrastruktur untuk anak-anak ini diberi ruang mendapat pendidikan di sekolah dan akhirnya menjadi seorang insan berdikari dan boleh bersama-sama dalam masyarakat.

"Ini bagi memastikan mereka (pelajar berkeperluan khas) mendapat kehidupan selesa apabila meningkat dewasa kelak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kupi-Kupi bersama warga pendidik dan ibu bapa sekitar daerah ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Mohd Radzi turut menyampaikan replika cek bernilai RM6.6 juta bagi tujuan elaun murid berkeperluan khas 2020 - Fasa Dua (Julai - Disember 2020) untuk Sabah kepada Pengarah Pendidikan Sabah Dr Mistirine Radin.

Pengetua SMK Tansau Rusmadi Ahmad turut menerima replika cek bernilai RM74,700 bagi tujuan elaun murid berkeperluan khas 2020 - Fasa 2 (Julai - Disember 2020) di sekolah berkenaan.

Jelas sekali menteri-menteri kerajaan PN mula menggunakan premis dan jabatan kerajaan untuk berkempen menagih sokongan dari rakyat. Inilah sahaja cara untuk mereka meraih sokongan.

Namun mereka lupa bahawa rakyat pada hari ini sudah cerdik dan bijak menilai permainan sandiwara mereka.

Comments