PEMIMPIN UMNO PULAU HIMPUNAN PN DI SABAH?


KOTA KINABALU 10 SEPT : Perikatan Nasional (PN) malam tadi buat pertama kalinya mengadakan himpunan dihadiri oleh semua pemimpin utama dan para penyokong parti komponennya di Sabah.

Himpunan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, di sini, itu turut menyaksikan buat julung kalinya bendera dan logo PN diperkenalkan kepada para penyokong gabungan parti berkenaan.

Turut hadir Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah Datuk Hajiji Noor, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jahim.

Namun kelibat pemimpin Umno tidak kelihatan. Apakah Umno bukan komponen PN?

Adakah Umno memulaukan himpunan itu? Ternyata PN Sabah tidak padu dan sepakat walaupun penamaan calon berbaki 2 hari lagi.

Ini petanda menunjukkan bahawa masih belum ada kata sepakat yang jitu antara parti-parti dalam PN.


Comments