DUN JOHOR TERGANTUNG 28 PN - 27 PH + OSMAN SAPIAN??



JOHOR BAHARU 4 SEPT : Dun Johor tergantung??? Itu persoalan yang menarik kerana menurut Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu Megat Najmuddin Megat Khas keahlian Osman Sapian telah terlucut kerana berkempen untuk calon Bebas pada PRK Slim baru-baru ini.

Jika keadaan berlaku maka kerajaan PN Johor sudah kehilangan Majoriti di DUN. Malah jika undian di buat di Sidang Dun, Speaker pun boleh mengundi. Semua tahu Speaker Dun Johor, Suhaizat Kaiat adalah pimpinan AMANAH Nasional dan Johor.

“Mengikut Perlembagaan Bersatu, Fasal 10.2.3, Datuk Osman telah secara automatik / serta-merta terlucut keahlian beliau dalam parti Bersatu.

“Tak perlu di dakwa depan lembaga disiplin. Setiausaha agung (Bersatu) boleh memberitahu kepada umum bahawa Datuk Osman tidak lagi merupakan ahli Bersatu kerana tingkah laku beliau sendiri,” katanya kepada sebuah Portal Online hari ini.

Comments