BERSATU TAKUT KERAJAAN JOHOR RUNTUH, TAK JADI PECAT OSMAN?


Kuala Lumpur 4 Sept : Lembaga disiplin Bersatu akhirnya terpaksa 'u turn' balik dari kenyataan asal bahawa bekas MB Johor Osman Sapian terlucut keahlian Bersatu. Pagi tadi Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu Megat Najmuddin Megat Khas membuat kenyataan tersebut. Namun selepas itu mengeluarkan satu kenyataan lain iaitu akan memanggil Adun Kempas tersebut susulan dakwaan membantu calon serpihannya Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dalam pilihan raya kecil Slim baru-baru ini.

Megat Najmuddin Megat Khas menjelaskannya keanggotaan Osman akan gugur sendiri jika dia terbukti bertindak demikian.

"Kalau betul dia buat macam tu memang dia kena buang.

“Sekarang dia dah nafikan yang dia pernah buat macam tu," katanya ketika dihubungi semula oleh sebuah portal online.

Ternyata Bersatu takut kehilangan kerajaan mereka yang diketuai oleh Umno di Johor. Ini kerana jika Osman dipecat maka kerajaan PN Johor hanya mempunyai 28 kerusi tiada majoriti kerana PH mempunyai 27 kerusi dan jika Osman menyokong PH maka keadaan menjadi seri 28-28.

Penganalisis politik berkeyakinan bahawa PN akan berusaha sedaya upaya agar kerajaan PN Johor tetap kekal walau dengan apa cara sekalipun.

Ramai pihak menggesa dan mencadangkan PN membubarkan Dun Johor bagi menyelesaikan kemelut politik di Johor kerana jika keadaan ini berterusan (PN hanya ada 2 kerusi majoriti) sudah tentu ianya tidak stabil dan agak sukar untuk kerajaan PN memerintah. Setiap kali ada undian di Dun Johor maka keadaan menjadi tidak menentu kerana apa-apa pun boleh berlaku.

Comments