2 TIMB. MENTERI HINA RAKYAT SABAH


Ahli Dewan Negara, Senator Adrian Lasimbang menyifatkan kenyataan dua Timbalan Menteri yang berunsur serangan terhadap Veveonah Mosibin sebagai satu penghinaan kepada rakyat Sabah.

Beliau berkata, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KMM) Datuk Zahidi Zainal Abidin perlu segera menjelaskan rancangan bersepadu kerajaan yang mahu melaksanakan Jalinan Digital Negara (JENDELA) sebagai platform penambahbaikan komunikasi digital negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021–2025).

Ini kerana menurutnya, masih banyak kawasan kampung di Sabah berhadapan dengan masalah capaian internet dan ia telah memberi impak kepada akses pembelajaran atas talian sepanjang waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Contohnya, Kampung Tilis, Tenom, apabila pelajar terpaksa memanjat bukit hampir 30 hingga 40 minit untuk mendapat capaian internet.

“Oleh itu, Ahli Parlimen Tenom, Noorita Sual telah membina pondok kecil di kawasan bukit supaya anak-anak dari Kampung Tilis mempunyai tempat berteduh semasa mendapat akses internet.

“Saya menyeru agar kedua-dua Timbalan Menteri, Zahidi dan Datuk Abdul Rahim Bakri untuk tidak menyembunyikan isu sebenar dan mengambil serius usaha menguruskan capaian internet di Sabah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Terdahulu, Rahim yang juga ahli Parlimen Kudat terus mempertahankan maklumat yang diperolehinya bahawa Veveonah Mosibin sama sekali tidak mengambil apa-apa peperiksaan sehingga memerlukan dia memanjat pokok untuk mendapatkan sambungan Internet.

...mDATELINE

Comments