PRK DUN Slim: 29 peratus keluar mengundi setakat 11 pagi

Kira-kira 29% pengundi telah membuang undi sehingga jam 11.15 pagi tadi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mensasarkan 85 peratus daripada 22,749 pengundi biasa akan keluar mengundi sebelum pengundian ditutup pukul 5.30 petang nanti. Susulan Covid-19, pengundi diberi slot masa yang lebih 30 minit untuk mengundi di pusat mengundi masing-masing. Biasanya pusat mengundi ditutup pada 5.00 petang.

Comments