ADLY DAN SOFI ANGKAT SUMPAH SEBAGAI ADUN

Adun Durian Tunggal, Mohd Sofi Abdul Wahab satu-satunya Exco Kerajaan Negeri Melaka dari Parti AMANAH Negara mengangkat sumpah sebagai Adun Melaka Khamis lalu.

Beliau yang memenangi Dun Durian Tunggal pada PRU14 Mei lalu dilantik sebagai Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam.

Selain Sofi, Ketua Menteri iaitu Adly Zahari juga dari AMANAH. Insya Allah wakil-wakil rakyat Parti AMANAH akan berusaha untuk menjalankan AMANAH sebaik mungkin.

Comments