MUHYIDDIN DAN SHAFIE AFDAL TUBUH PARTI BARU ATAU SERTAI GHB?

2 pemimpin utama Umno yang disingkirkan dalam rombakan kabinet Najib sebentar tadi mungkin akan menubuhkan parti baru atau menyertai parti baru yang bakal ditubuhkan oleh pimpinan PAS yang dibuang pada pemilihan PAS baru-baru ini.

Perkembangan hari ini benar-benar memberikan tamparan kepada politik Malaysia kerana sudah Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden Umno dan Shafei sebagai Naib Presiden sudah tentu tidak akan duduk diam. Mereka juga mempunyai pengaruh kepada akar umbi Umno. Inilah masanya untuk mereka berdua menunjukkan kuku dan taring atau siku dan lutut mereka kepada Najib.

Perangai Najib ini agak sama dengan perangai pemimpin PAS yang tidak boleh ditegur dan dikritik. Sesiapa yang menegur dan mengkritik maka mereka akan disingkirkan dalam 2 parti terbesar ini iaitu Umno dan PAS. Cuma cara penyingkirannya sahaja yang berbeza.

Kami percaya kedua-dua pemimpin yang berpengalaman ini tidak akan duduk diam. Mereka ada pengikut, mereka ada pengaruh, mereka ada kedudukan. Mereka tidak akan duduk diam. 

Mereka boleh menentukan hala tuju politik mereka samada duduk diam-diam, buat parti baru, sertai GHB, masuk PKR atau terjun masuk DAP.

Comments

Anonymous said…
Xcerdik...PAS xbuang pimpinan lma..pimpinan lma klh dlm muktamar...bkn Hj Hadi tlg undi utk mrk...undi di tgn mrk...ahli2 PAS yg lain xpilih..trima la knyataan...ahli2 yg undi mat sabu bleh plak undi mat sabu ye..xkna buang keahlian PAS pn dorg...trima kkalahan dgn hti trbuka...
XUMNO said…
Jangan mimpilah GHB, Mahyuddin dan Shafie nak masuk kat kumpulan awak.Janganlah perkecilkan daya fikiran mereka dengan mentaliti pengikut2 dan pemimpin2 frust GHB.
Anonymous said…
menjadai peminpin dalam GHBatau tubuh parti baru dan bergabung dengan GHB dan Pakatan 2 .insyallah tuan akan diangkat oelh rakyat yang memerlukan peminpin yang berani menegak kebenaran.
awng md hadan said…
Masuk jawi @ khittan s3kali lg kalau TSMY @ PIE BEDAL masuk pr...