PANTAU DAN PERIKSA SEMUA TAPAK PEMBINAAN ELAK TRAGEDI


PAS Kawasan Bukit Katil mendesak kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta pihak berwajib yang lain supaya memantau dan memastikan semua projek pembinaan mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Kejadian di Tapak Projek Mydin Pulau Sebang kelmarin amat menyedihkan di mana ianya mengorbankan nyawa pekerja.

Siasatan dan kajian terperinci mesti dilakukan dan keputusan kajian
tersebut mesti dimaklumkan kepada rakyat. Apa yang penting jika ada
unsur-unsur rasuah dan penyelewengan pihak yang terlibat mesti di bawa
muka pengadilan tanpa mengira pangkat, warna kulit dan kedudukan.
PAS Kawasan Bukit Katil kesal kerana perkara ini sering berlaku
mungkin disebabkan kecuaian pekerja, kontraktor dan kegagalan pihak
berwajib memantau dan membuat pemeriksaan terhadap projek-projek
tersebut.
PAS Kawasan Bukit Katil mencadangkan kepada pihak berwajib seperti
JKKP, PBT dan lain-lain menjalankan audit berkala di semua projek
pembinaan bagi memastikan semua pihak mematuhi prosedur kerja dan
semua bahan serta produk yang digunakan memenuhi spesifikasi yang
ditetapkan.
Pihak berkuasa sepatutnya mengetatkan lagi peraturan dan prosedur
pembinaan dan juga spesifikasi bahan-bahan setelah berlaku
kejadian-kejadian malang ini. Mereka tidak boleh lari dari
tanggungjawab bagi memastikan keselamatan semua di tapak pembinaan.
Selain itu mereka juga tidak boleh memejamkan mata jika berlaku
penyelewengan dan rasuah dalam projek-projek ini sejak dari proses
tender sehingga ianya siap dbina.
Kita tidak mahu insiden seperti ini berulang dan terus berulang.
Selepas berlaku kejadian malang sebegini barulah pihak terbabit
terkial-kial mengambil langkah-langkah mengatasinya.

Mohd Sofi Abdul Wahab
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil

Comments