KUDETA JAHANAMLAH KAMU DI NERAKA

Melaka : Kira-kira 1000 umat Islam Melaka berhimpun mengutuk keganasan kerajaan haram tentera membunuh rakyat Mesir.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dalam ucapannya pada himpunan  melahirkan kekesalan dan kesedihan di atas kezaliman dan keganasa kerajaan haram Mesir yang membunuh rakyat yang tidak berdosa dan merampas kuasa dari Presiden yang sah iaitu Dr Mohamad Morsi.

"Kita mengutuk pembunuhan terhadap saudara kita rakyat Mesir yang tidak berdosa yang dilakukan oleh rejim tentera pimpinan Jeneral Al Sisi'

'Umat Islam juga menuntut supaya kuasa Presiden Morsi dikembalikan kerana beliau dilantik secara sah oleh rakyat melalui pilihanraya"ujar Kamaruddin.

Beliau juga menggesa kerajaan haram Mesir menghentikan pembunuhan, pemusnahan masjid dan harta benda awam.

'Kita juga menggesa pertubuhan negara-negara umat Islam OIC, Liga Arab dan kerajaan-kerajaan negera umat Islam mengambil pendirian tegas terhadap tindakan kejam dan zalim kerajaan haram Mesir.'

"Sehingga semua kerajaan umat Islam dan pertubuhan-pertubuhan tersebut diam membisu malah ada yang turut menyokong tindakan kejam kerajaan haram Mesir"tambah Kamaruddin.

Kamaruddin turut melahirkan kekesalan di atas sikap kerajaan Malaysia yang tidak menyatakan pendirian terhadap isu ini.

"Apakah kerajaan Malaysia takut kepada Yahudi, Amerika dan sekutu-sekutunya sehingga kerajaan kita takut untuk menyatakan pendirian tegas kita".

'Kita menggesa satu sidang Parlimen tergempar diadakan bagi membincangkan isu umat Islam Mesir yang semakin parah sekarang"ujar beliau lagi.

Himpunan tersebut dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dengan kerjasama Pertubuhan Ikram negeri Melaka. 

Turut berucap pada himpunan tersebut ialah wakil Ikram, Zairi Suboh, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Musa Mohamed dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Jauhar Md Dawi.

Himpunan aman yang berlangsung di hadapan Masjid Negeri Al Azim di sini selepas solat Jumaat bermula jam 2.00 petang berakhir kira-kira 30 minit kemudian.

Comments