Sedih sungguh saya bila membaca tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh seorang pensyarah Universiti Kaherah yang memfitnah dan berbohong dalam wawancara dengan Sinar Harian. Macam-macam tuduhan yang dibuat oleh Professor ini. Tergamak beliau bersekongkol dengan pembunuh dan pengganas yang berhati binatang.
Apa yang peliknya Sinar Harian yang sebelum ini dilihat telus telah bertukar menjadi media pencacai seperti Utusan dan Berita Hairan. Tidakkah Editor Sinar perasan dengan apa yang dinyatakan oleh Professor pencacai As-Sisi itu. Tidak rasa bersalahkah editor Sinar kepada rakyat Mesir yang ditembak, dibakar dan dizalimi oleh kerajaan haram kudeta tentera ataupun Sinar sudah bertukar arah menjadi pencacai seperti media arus perdana lain.
Antara fitnah dan tuduhan yang dibuat oleh Professor pencacai itu ialah dengan menyatakan bahawa, 'kami dan polis dapati mereka ada senjata. Mereka mempunyai mesingan, molotov cocktail, pisau, pedang dan mereka acu kepada polis".
Jelas sekali beliau berbohong jika benar rakyat membawa senjata sudah tentu ramai tentera dan polis yang mati. Mengapa tergamak professor ini menipu senjata seluruh dunia tahu pembohongan dan fitnahnya.
Harakahdaily hari ini melaporkan kekesalan salah seorang pembacanya yang juga seorang aktivis pelajar yang bernama Muhd. Abdul Malik Abdul Karim yang menyifatkan laporan Sinar Harian hari ini bertajuk "Dalang Konflik Mesir Didedah" sebagai boleh mencetus kekeliruan.
Menurut beliau, laporan yang memuatkan temubual dengan seorang pensyarah Universiti Kaherah, Prof.Dr.Mohammed Salem (Gambar) itu sarat dengan fitnah dan penipuan kepada Ikhwan Muslimin dan seluruh rakyat Mesir yang menuntut hak.
"Seriusnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh profesor yang saya tidak kenali ini suatu yang bahaya dan akan meracuni sekian ramai pembaca Sinar Harian di seluruh negara.
"Kenapa Sinar Harian tidak menemubual ribuan lagi pensyarah-pensyarah dan pakar yang tidak berpihak kepada mana-mana golongan yang cukup dikenali seperti Dr.Bakeenam Syarqawi, Dr.Jamal Gibril, Dr.Saifuddin Abdul Fattah yang sumber mereka ini boleh dipercayai tanpa memihak kepada Ikhwan atau Mursi," katanya melontar persoalan.
Sekali saya ingin bertanya kepada Ketua Pengarang Sinar Harian dan Editornya mengapa kamu menyiarkan wawancara yang jelas tidak bermoral, penipu dan fitnah ini. Tidakkah anda rasa bersalah ........
KEPADA PEMBACA DAN PENGUNJUNG BLOG INI APA PANDANGAN ANDA ....WAJARKAH KITA BOIKOT SINAR HARIAN ATAU ADA CARA LAIN UNTUK MENGAJAR SINAR HARIAN ??????????????/
~ Mutaligat.
Comments