PERKEMBANGAN TERBARU DI MESIR


Perkembangan Mesir : Majlis Syura ( Nama pertubuhan yang dianggotai oleh Dr Abdullah Syakir,As-syeikh Muhammad, As-Syeikh Abu Ishak Al-Huwainy,As-Syeikh Muhammad Hussein Ya'kob,As-syeikh Sa'id 'Abdel 'Azhim,as-syeikh Mustoufa El-'Adawi dll) telah menolak pelawaan oleh Pemerintah Haram Tentera Mesir Assisi untuk mengadakan perbincangan. - Sumber : Rassd..dupp



Kumpulan penyokong Dr.Muhammd Mursi akan mengadakan himpunan raksasa pada hari Jumaat ini yang akan menyaksikan jutaan penyokong yang akan turun dari seluruh wilayah bertumpu ke Kaherah. Empat lokasi utama yang akan menjadi lokasi himpunan raksasa tersebut:


1)Medan Rabaah Adawiyyah (Madinah Nasr)
2) Bangunan Stesen Radio dan Televisyen Mesir (MASBERO)
3) Pusat Pengeluar Media (bandar 6 Oktober, Giza)
4) Dataran Nahdah, Giza.. Lm



Kaherah telah bersiap untuk menerima ketibaan jutaan rakyat dari seluruh Mesir untuk berhimpun bagi menyatakan bantahan mereka terhadap rampasan kuasa yang memilih Presiden Mursi sebagai Presiden negara itu.


"Gabungan Kerjasama Kebangsaan", sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh puluhan parti dan pertubuhan politik menganjurkan himpunan tersebut di empat lokasi hari ini, Jumaat sebagai strategi baru untuk terus menekan kerajaan perampas hari ini. Empat lokasi utama itu ialah di dataran Raba'ah, dataran Nahdhah di hadapan Universiti Kaherah, Giza, hadapan Bangunan Televisyen dan Radio Mesir (MASBERO) serta hadapan Pusat Pengeluar Media, Giza yang menjadi pusat penyebar fitnah kumpulan Islam melalui media persendirian yang dimiliki oleh golongan kroni Mubarak.

Petang Khamis kelmarin telah menyaksikan pihak penganjur mengadakan persiapan secukupnya di dataran Raba'ah. Antaranya dengan menambah pembesar suara, menukar "back drop" pentas utama dengan tertera tema "Demokrasi Menolak Rampasan Kuasa" dan memasang banner dalam bahasa asing di sekitar dataran bagi menyampaikan mesej kepada dunia apa yang berlaku di Mesir.

Akhukum Abdul Malik


fb saha othman


Comments