CALON PAS GIGIH BERKEMPEN

Masuk hari kedua calon PAS Dun Kuala Besut, Che Long terus gigih berkempen walaupun katanya beliau mula berasa letih. Namun tanggungjawab dan amanah tetap diteruskan dengan gigih dan dedikasi. Pagi ini beliau mengunjungi Pekan Sehari Kuala Besut bertemu penjaja dan orangramai yang datang membeli-belah di situ.

Menurutnya, beliau mendapat feedback yang baik dari semua penjaja dan pembeli di pasar tersebut. Che Long memang tidak berasa janggal kerana beliau sememangnya anak jati Kuala Besut dan dikenali ramai dari semua golongan tidak mengira umur, keturunan, ideologi politik.

'Kebanyakan pengunjung dan peniaga yang disapanya mengenali beliau dan ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada beliau' kata seorang pemerhati politik.

Tidak syak lagi pemilihan Che Long memberikan tamparan hebat kepada BN yang meletakkan calon muda yang dikenali melalui ayahnya iaitu Che Ku Abdul Rahman.


Comments