KAMALIA BOLEH MASUK PAS BILA-BILA MASA

Naib Ketua Wanita Umno, Kamilia Ibrahim benar-benar kecewa dengan tindakan Najib dan kuncu-kuncunya tidak memilih beliau bertanding di kerusi Parlimen.

Kekecewaan beliau jelas sehingga memberikan kata dua yang pedas kepada Najib dan Umno.

Menurut Kamilia beliau sebagai orang nombor dua dalam Pergerakan Wanita Umno dan BN sepatutnya diberikan peluang bertanding di Parlimen supaya dapat terlibat sebagai pembuat dasar dan keputusan politik.

“Jika permintaan tidak diberi, wanita mempunyai pelbagai pilihan lain kerana perjuangan saya berpandukan negara, agama dan bangsa. Sekiranya pintu tidak dibuka kepada saya, saya akan perjuangkan di tempat lain.

“Pintu ditutup, mungkin ada pintu lain sama ada saya akan pecahkan atau membuat sendiri. Saya mungkin pertimbangkan pilihan lain kerana perjuangan saya tidak perlu berakhir di tahap ini sahaja,” kata Kamilia.

Bagi kita kalau Kamilia benar-benar kecewa dan hilang kepercayaan kepada Umno apa ditunggu lagi, keluar segera dari Umno dan masuk PAS atau parti-parti lain PR iaitu PKR maupun DAP.

Mungkin sekarang baru Kamilia sedar bahawa Umno sebenarnya tidak menghargai wanita dan membuang wanita begitu sahaja. Di saat PAS memberikan seluas-luasnya peluang kepada muslimatnya bertanding pada PRU 13 ini Umno meminggirkan wanita. Di Kelantan hanya seorang sahaja calon wanita sedangkan PAS Kelantan meletakkan 4 orang calon wanita iaitu Siti Zailah (Parlimen Rantau Panjang), Mumtaz Mat Nawi (Dun Demit), Rohani Ibrahim (Tanjung Mas) dan Wan Ubaidah Omar (Kijang). Lebih teruk lagi tiada calon wanita diletakkan oleh Umno Terengganu sedangkan PAS Terengganu meletakkan Nafisah Ismail sebagai calon Dun di Besut.

Comments