ANALISIS TERKINI : PAS MAMPU MENANG 40-46 KERUSI PARLIMEN.

Pengarah (Operasi) Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhdi Marzuki  memaklumkan bahawa  analisis PPP hingga hari ini, PAS boleh menang sehingga 40 kerusi parlimen. Manakala   6 kerusi parlimen lagi masih ada harapan yang cerah. 
"Saya ingin memaklumkan, setakat analisis kami hingga hari ini PAS boleh menang sehingga 40 kerusi parlimen, insha'ALlah."
"Enam kerusi parlimen lagi masih ada harapan yang cerah. Manakala 30 kerusi lagi sedang diperjuangkan. Teruskan perjuangan sehingga ke hari terakhir." ujar beliau
"Teruskan perjuangan sehingga ke hari terakhir"tambah Zuhdi dalam kenyataan ringkas dipetik dari Facebook.

Comments