BN SUDAH SEDIA SERAH KUASA SECARA AMAN

Kalau sebelum ini Najib pernah berkata, BN akan mempertahankan kuasa mereka dengan apa cara sekalipun dari terlepas ke tangan orang lain, semalam beliau berkata peralihan kuasa secara amalan selepas keputusan pilihan raya merupakan amalan di Malaysia.

"Kita telah mengadakan 12 pilihan raya umum sejak kemerdekaan dan semuanya diadakan dalam penjadualan pilihan raya seperti yang ditetapkan dalam perlembagaan.

"Peralihan kuasa berikutan daripada pilihan raya telah berlangsung dengan aman, ini tradisi kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam satu persidangan undang-undang di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataan itu timbul ketika pembangkang mendakwa BN akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

Pemimpin kanan pembangkang Lim Kit Siang sebelum ini mencabar Najib bahawa untuk memberi jaminan bahawa BN akan menyerahkan kuasa secara aman sekiranya ia tewas dalam pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan menjelang Jun tahun ini.

Sudah ada tanda-tanda BN bersedia untuk berundur dengan aman. Walaubagaimana kita mesti berwaspada dengan taktik dan strategi licik BN  yang terkenal dengan jolokan 'Syaitan yang dikenali' itu.

Comments