RAMLI YUSOF DIBEBASKAN, INFAKKAN RM753,000 DAN MUNGKIN JADI CALON PAS?

NONE"Saya telah bernazar untuk menggunakan semua wang ganjaran itu untuk membantu membina sebuah masjid di kampung saya di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas. Saya telah membuat nazar itu sejak didakwa kerana saya mahu nama saya dibersihkan," kata Datuk Ramli Yusof bekas Pegawai Tinggi Polis yang dituduh dengan tuduhan palsu,


Pihak pendakwa telah menarik balik rayuannya berhubung saman terhadap bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Datuk Ramli Yusuff di Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

Berikutan ini, kerajaan telah bersetuju untuk membayar ganjaran dan pencen Ramli, berjumlah RM753, 000 yang telah ditahan selepas beliau digantung perkhidmatan tiga bulan sebelum dijadualkan bersara pada penghujung tahun 2007.

Ramli memberitahuMalaysiakini bahawa beliau telah menerima sepucuk surat bertarikh 12 Julai yang memaklumkan bahawa pendakwa telah menarik balik rayuannya.

"Ini adalah yang terakhir daripada lima pertuduhan yang saya telah disalah dituduh sejak 2007," katanya.

Terdapat desas-desus Ramli akan menjadi calon parti politik pada PRU 13 nanti.


Msiakini

Comments

XUMNO said…
Alhamdulilah. Kebenaran akhirnya menang.Selepas ini saudara bantu usaha untuk menegakkan satu kerajaan yang adil lagi bersih memeritah negara tercinta ini.