OLIMPIK : EMAS MASIH DALAM GAPAIAN ATLIT KITA

Kita masih mempunyai peluang cerah untuk menang pingat emas pada temasya Sukan Olimpik London yang sedang berlangsung sekarang. Sekurang-kurangnya kita mempunyai 2 peluang terbaik iaitu melalui pasangan bergu Koo Kien Keat-Tan Bon Heong dan peseorangan lelaki Lee Chong Wei.

Koo dan Tan hari ini melayakkan diri ke pusingan separuh akhir selepas mengalahkan pasangan Thailand Isara Bodin/Jongit Maneepong 21-16, 21-18 di pusingan suku akhir. Mereka akan berdepan dengan pasangan nombor dua dunia Cai Yun dan Hu Haifeng yang sering mengalahkan mereka dengan rekod 4-9.


Pada perlawanan terakhir mereka tahun ini iaitu kejohanan Piala Thomas di China pada Mei, beregu China itu mengalahkan pasangan Koo/Tan 21-17, 21-18.
Sementara itu, jurulatih kebangsaan Tan Kim Her berkata, beliau agak lega apabila anak didiknya berjaya menumpaskan pasangan muda dari negara yang berjiran dengan Malasyia itu.
"Bermain menentang Cai Yun, Fu Haifeng, peluangnya ialah 50-50. Tapi, kalau mereka dapat kalahkan pasangan itu, saya berani mengatakan pingat emas Olimpik 2012 akan menjadi milik mereka," katanya.
Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Chung Jae Sung/Lee Yong Dae dari Korea Selatan mengalahkan pasangan Indonesia Mohamad Ahsan/Bona Septano 21-12, 21-16, yang akan mempertemukan mereka dengan pasangan Mathias Boe/Carsten Mogensen dari Denmark dalam satu lagi perlawanan separuh akhir Sabtu ini.
Dalam perlawanan peringkat suku akhir hari ini, pasangan Denmark itu menumpaskan Fang Chieh Min/Lee Sheng Mu dari Taiwan 21-16, 21-18.



Comments