NAJIB CUBA 'PUJUK' RAKYAT KELANTAN

pakatan ceramah shah alam 041211 nik azizTiba-tiba sahaja Najib lembut hati hendak berbincang pasal royalti petroleum Kelantan, Padahal sebelum beliau berkeras dan tetap angkuh menyatakan bahawa tindakannya menyekat royalti adalah benar dan hak.


Hari ini, tidak semena-mena Najib seolah-olah melakukan u-turn. Mungkin ada apa-apa perancangan di pihak Najib untuk memujuk rakyat Kelantan. Najib sudah terlambat. Rakyat Kelantan tidak termakan dengan umpan royalti kerana mereka tahu itu memang hak Kelantan dan rakyatnya.


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, perdana menteri telah menghantar surat kepadanya, memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak negeri.

Menurut Nik Aziz, surat itu dihantar kepadanya semalam dan sampai ke tangan setiausaha sulitnya Rosdi Mohamad, lapor Harakahdaily.

"Surat ni diterima oleh setiausaha sulit saya, encik Rosdi. 

"Tetapi kerana hari cuti, dia baru bagi kepada saya," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar web PAS itu pagi tadi.

Nik Aziz (kiri) juga dilaporkan turut memaklumkan berita itu dalam tazkirah Subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka, dekat Kota Bharu pagi tadi.

Beliau bagaimanapun berkata, sebelum menghantar wakil Kelantan untuk berunding, beliau akan menghadap sultan terlebih dahulu.

Comments