GEMPAR : KARPAL SUDAH TERIMA NEGARA 'ISLAM'?

Pengerusi DAP, Karpal Singh memang dari dahulu menolak negara Islam. Malah beliau pernah berkata langkah mayat saya dulu ika Negara Islam hendak dilaksanakan.

Sehingga kini, Karpal konsisten mempertahankan pendiriannya tidak menerima Negara Islam. Pendirian itu nampaknya tidak berubah dari dulu., kini dan mungkin tidak selama-lamanya.

Mengapa Karpal menolak negara Islam?Jawapannya mudah sahaja, dia tidak faham apa dia negara Islam dan pengisiannya. Dia tidak faham dan mungkin tidak mahu faham bahawa negara Islam adalah sebuah negara yang adil seadil-adilnya di mana rakyat yang bukan Islam akan dipertahankan hak dan kebebasan mereka. Karpal tidak faham bahawa negara yang ada sekarang tidak diketahui negara apa kerana ianya negara caca marba di mana undang-undangnya caca marba, sistemnya caca marba segala-galanya caca marba termasuk pendirian dan pandangan pemimpinnya caca marba tidak merujuk kepada apa-apa agama atau kitab.

Oleh kerana semuanya cacar marba maka negara menjadi caca marba, sistem ekonomi caca marba, sistem sosial caca marba semuanya caca marba. Maka tidak hairan negara kita berada dalam keadaan ekonomi tidak menentu, jenayah dan maksiat berada di paras kronik, pendidikan gagal membentuk rakyat yang berkahlaq dan berdisiplin, rasuah dan penyelewengan membarah dan sebagainya. Mungkin Karpal tidak tahu bahawa negara Islam dan sistem Islam mempunyai jalan penyelesaian ampuh mendidik manusia bukan sekadar menghukum seperti dalam sistem konvensional.

Karpal mungkin tidak sedar atau tidak tahu bahawa hudud yang menjadiu 'musuh ketat'nya hanyalah sebahagian dari undang-undang Islam sahaa. Masih banyak hukum-hukum dan undang-undang lain dalam Islam. Semuanya bukan sekadar untuk menghukum pesalah tetapi yang lebih penting mendidik serta memberi keinsafan kepada pesalah.

Kita tidak hairan kalau Karpal tidak faham dan benci kepada hukum hudud dan negara Islam kerana beliau sememangnya bukan seorang yang beragama Islam, Yang pelik dan ajaibnya ialah mengapa pemimpin Islam dalam Umno dan BN, ustaz/ustazah dalam Umno juga tidak faham, buat-buat tidak faham atau sengaja buat tidak faham.

Namun hari ini Karpal mengeluarkan kenyataan terbuka bahawa beliau menerima KONSEP NEGARA BERKEBAJIKAN yang dipopular dan diputuskan dalam Muktamar PAS tahun lalu dan sebelumnya, Syukur kerana Karpal setuju dan menerima KONSEP NEGARA BERKEBAJIKAN ( Nation of Care and opportunity). Negara Berkebajikan ialah sebuah negara yang selari dengan Negara Islam yang berkonsepkan undang-undang yang adil, telus dan selaras dengan Islam. Sebuah negara yang disebut sebagai Baldatun Toyyibatun Warabbun Ghofur). Cuma istilahnya tidak menggunakan Negara Islam tetapi pengisian dan pengamalannya adalah sama.

Comments