RAHIM NOOR LEBIH SESUAI DARI HANIF OMAR JADI PENGERUSI PANEL PENYIASAT BERSIH 3.0?


Bekas penjenayah dan Ketua Polis Negara, Rahim Noor lebih sesuai menjadi Pengerusi Panel 'Bebas' menyiasat Bersih 3.0 berbanding Hanif Omar kerana Rahim lebih hebat dan brutal. Rahim Noor pernah pukul orang kena tahan (OKT) sampai separuh mati, maka sudah tentu beliau dapat membuat penyiasatan dengan lebih terperinci dan telus.

JIka Rahim Noor dipilih sudah tentu beliau dapat membuat cadangan kepada Polis bagaimana cara terbaik untuk Polis melakukan kerja mereka:-

1) Cara membuat pukulan, sepakan, terajangan, karate dan sebagainya dengan cara yang betul
2) Cara melanggar peserta Bersih 3.0 dengan betul
3) Cara pukul wartawan dengan betul
4) Cara menembak gas pemedih mata dan water cannon yang terbaik dan lebih menyakitkan
5) Cara menangkap peserta Bersih 3.0 dengan lebih keras
6) Cara memaki hamun dan sumpah seranah yang lebih 'power'.
7) Cara melayan peserta Bersih 3.0 dengan lebih 'mesra'.

Hanif Omar mungkin tidak berapa 'terror' untuk menyiasat semua itu sebab Hanif tidak pernah dibuktikan memukul orang. Sedangkan Rahim memang terbukti hebat pernah memukul orang sampai dikenakan hukuman.

Kerajaan Ah Jib Gor telah tersilap memilih orang yang sesuai untuk mempengerusikan Panel Bebas itu.

Comments