PRU 13 DITANGGUHKAN JIKA NAJIB DISAPINA MAHKAMAH PERANCIS?


Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata Pilihanraya Umum ke 13 bakal ditangguhkan sehingga ‘habis edah’ tahun hadapan jika Perdana Menteri, Najib Razak atau Ah Jib Gor disapina Mahkamah Perancis dalam isu Scorpene.

“Kalau Najib disapina di Mahkamah Perancis sudah tentu dia tidak berani membubarkan parlimen” kata Mohamad semasa berceramah di Kg Lendu Masjid Tanah Sabtu lalu.

Ah Jib Gor sudah tentu tidak berani untuk membubarkan Parlimen jika Mahkamah Perancis ‘menyaman’ beliau untuk member keterangan sebagai saksi dalam Mahkamah Perancis. Sehingga ke hari ini seluruh tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya di sebalik pembelian Scorpene kerana ada dakwaan bahawa syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dipunyai sekutu Najib iaitu Razak Baginda mendapatkan komisen ratusan juta ringgit dari pembelian kapal tersebut.

Harakah pula melaporkan bahawa mengikut undang-undang Perancis, pemberian komisen adalah satu kesalahan. Walaupun dokumen perjanjian kapal tersebut adalah tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi kerajaan Malaysia, tetapi di Perancis ianya tidak menjadi rahsia dan bakal didedahkan di mahkamah.

Andai disapina di Mahkamah Perancis sudah tentu Najib tidak mampu mengelak untuk menjawab semua persoalan berkaitan kapal selam tersebut.

Pembelian kapal selam ini sebenarnya menimbulkan seribu satu tanda tanya sehingga ada yang mengaitkan pembunuhan seorang wanita asing dengan isu ini.

Comments