PR MELAKA KOMITED BEBASKAN RAKYAT DARI CENGKAMAN BN

PR MELAKA KOMITED RINGANKAN BEBAN RAKYAT


Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San berkata Pakatan Rakyat negeri Melaka komited untuk meringankan beban rakyat negeri ini dari cengkaman kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita akan menawarkan rakyat sebuah kerajaan yang adil, telus, professional dan bertanggungjawab yang sentiasa mengutamakan rakyat.

“Rakyat negeri ini susah kerana banyak dasar yang menekan rakyat seperti lesen perniagaan yang tinggi dan tidak masuk akal, bayaran parking dan macam-macam lagi” ujar Goh.

Beliau kesal kerana ada rakyat yang ingin berniaga kecil-kecilan disaman kerana berniaga di kaki lima dan lain-lain tempat.

“Sudahlah mereka itu susah, kemudian disaman pula sepatutnya kerajaan mengkaji dan memberi lesen kepada mereka itu asalkan mereka tidak mengganggu lalu lintas sudahlah.

“Bukan tangkap, rampas dan saman mana mereka hendak cari duit bayar saman berniaga pun belum tentu maju” tambah Goh yang juga merupakan Ketua Pembangkang Dun Melaka.

Goh juga mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa memikirkan manfaatnya kepada rakyat.

“Mereka belanjan RM40 juta untuk bawa Eye On Malaysia ke Melaka dan akhirnya tutup, duit rakyat terbazir begitu sahaja.

“Wang RM40juta boleh dibina bina 10 buah pusat pemulihan penagih yang hidu gam dan dadah sekarang ramai anak-anak muda yang hidu gam.

“Kalau wang RM40 juta ini bagi pada rakyat Melaka mereka boleh dapat RM58.10 seorang, tapi buat Eye On Malaysia apa rakyat dapat” soal Goh.

Menurut Goh, Pakatan Rakyat Negeri Melaka akan melaksanakan dasar yang jauh lebih baik jika diberi peluang memerintah Melaka seperti yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri PR di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak selama 10 bulan.

Beliau menyatakan demikian pada ceramah anjuran PAS Kawasan Masjid Tanah Sabtu lalu.

Comments