AIR LIUR PEMIMPIN UMNO MELELEH LIHAT SELANGOR

Air liur pemimpin Umno melilih bila melihat negeri Selangor kerana negeri itu adalah negeri paling kaya di Malaysia. Malah lebih 20 % pendapatan negara datang dari negeri Selangor. Rezab negeri Selangor sudah mencecah lebih dari RM2 bilion hanya selepas 4 tahun diperintah PR berbanding dengan RM800 juta ketika Selangor di bawah cengkaman BN selama lebih dari 50 tahun. Sebab itulah air liur pemimpin Umno meleleh-leleh.

Pemimpin Umno amat terliur dengan negeri Selangor sebab mereka tahu semua bekas Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri Selangor pada zaman BN kaya-raya. Lihat sahaja bagaimana bekas seorang Doktor gigi yang menjadi MB Selangor mampu mempunyai rumah dengan harga lebih dari RM20 juta belum dikira kesemua hartanya lagi. Sebelum itu bekas Menteri Besarnya mampu membayar wang 'cash' keluar negara berjumlah jutaan ringgit sehingga ditahan oleh pihak berkuasa negara tersebut.

Kini pemimpin Umno berusaha sedaya upaya untuk merampas 'lubuk emas' tersebut. Mereka tahu kalau mereka dapat balik negeri kaya ini mereka boleh berpesta dan membahagi-bahagikan harta 'ghanimah' Selangor.

Untuk merealisasikan hajat mereka mengaut kekayaan negeri Selangor mereka memasang jerat, tipu muslihat dan strategi jahat seperti yang dilaporkan oleh media. Antara mereka menggunakan agensi kerajaan yang sanggup menjadi kuda tunggangan Umno BN. Kita melihat banyak parlimen di Selangor mendapat pertambahan pengundi yang luar biasa seperti di Parlimen Subang dengan pertambahan lebih dari 30 peratus sedangkan parlimen jirannnya iaitu Petaling Jaya Utara pertambahannya hanya lebih kurang 7 peratus.

PR mesti berusaha untuk memastikan kerja jahat dan haram ini dihentikan demi memastikan negeri Selangor dapat dipertahankan.


Comments