PIALA THOMAS : MALAYSIA NYARIS DIMALUKAN HONG KONG

Malaysia nyaris dimalukan oleh Hong Kong pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Thomas Zon Asia di Macau hari ini. Pasukan negara hanya mampu menang 3-2. Lebih memeritkan pemain perseorangan kedua negara, Muhammad Hafiz Hashim tewas di tangan pemain kurang ternama Hong Kong, Hu Yun dengan 'straight set' 20-22 dan 19-21.

Nasib Malaysia baik apabila kedua-dua pasangan bergu kita menang di samping kemenangan legenda badminton kita, Lee Chong Wei pada perseorangan pertama.

Prestasi pemain Malaysia ini amat membimbangkan kerana kita bakal berdepan dengan pasukan yang lebih kuat iaitu Korea Selatan pada perlawanan akan datang. Jika Malaysia mara ke Suku Akhir kita bakal berdepan dengan pasukan gergasi Asia yang lain.

Keputusan penuh :-

1. Lee Chong Wei (MAS) kalahkan Wi Wing Ki (HKG), 21-18, 22-20 

2. Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (MAS) kalahkan Lo Lok Kei-Leung Chun Yiu (HKG), 21-9, 21-14.

3. Muhammad Hafiz Hashim (MAS) kalah kepada Hu Yun (HKG), 20-22, 18-21

4. Lim Khim Wah-Goh V Shem (MAS) kalahkan Wong Wai Hong-Lee Chun Hei (HKG). 21-14, 21-16.

5. Daren Liew (MAS) kalah kepada Chan Yan Kit (HKG) 21-17, 16-21, 19-21

Comments

mangchikla said…
Sebenarya kite kene berterima kasih pada FLOM kerana dengan nasihat beliau pada pemain2 kite terutama nya Dato LCW dapat membangkitkan semangat juang mereka semua. Itu belum kene bau ketiak FLOM mcm Dato LCM, dah kalu fuuuuhhhh... Tahniah Dr Rosman merangkap FLOM