Video : 18 % TAK PERCAYA ANWAR LELAKI DALAM VIDEO

Kira-kira 18 % responden tidak percaya bahawa Anwar adalah lelaki dalam video seks fitnah yang disebarkan oleh kaki fitnah tidak lama dahulu.


NONEMalaysiakini melaporkan bahawa tinjauan terkini Universiti Malaya (UM) mendapati seorang daripada dua orang tidak percaya bahawa video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan asli.

Menurut kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (Umcedel) itu, sebanyak 46 peratus daripada 1,304 tidak percaya terhadap video yang mula-mula didedahkan 'Datuk T' sebelum ini.

Kajian yang dijalankan pada 23 hingga 30 Oktober itu juga mendapati 36 peratus tidak pasti dan 18 peratus lagi percaya bahawa Anwar merupakan pelaku dalam video itu.

Manakala 40 peratus beranggapan bahawa pendedahan video itu tidak menjejaskan kewibawaan Anwar manakala 34 peratus beranggapan sebaliknya. Satu perempat lagi tidak jelas.

Comments