Taukeh LEMBU, Kak IJAT LETAK JAWATAN?

Mungkinkah, taukeh lembu Kak Ijat akan letak jawatan. Bukan senang bagi seorang pemimpin Umno yang sememangnya sayang dan cinta kepada kuasa dan pangkat hendak meletakkan jawatan. Bagi mereka jawatan, kuasa dan pangkat adalah segalanya.

Tanpa semua itu mereka tidak akan dikenang dan disanjung manusia lagi. Mereka lebih rela disanjung oleh manusia dari di sanjung oleh Allah. Sebab itu mereka boleh melakukan apa sahaja asalkan jawatan dan pangkat serta kuasa ada dalam genggaman mereka. Rasuah, sogok hatta membunuh mereka sanggup. 

Bukan mudah untuk letak jawatan.

Hari ini Kak Ijat membuka mulut.............

"Tidak ada siapa yang perlu memberitahu saya apa yang perlu saya buat.

"Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab dan sudah matang dalam politik dan sayang kepada Barisan Nasional (BN), saya tahu apa yang patut saya buat dan saya akan bincangkannya dengan Datuk Seri Najib," kata Sharizat kepada wartawan hari ini. 

Kita tunggu dan lihat adakah beliau akan letak jawatan atau tetap berdegil .........mungkin masa telah tiba untuk Kak Ijat mengucapkan selamat tinggal ..............

Comments

Anonymous said…
Nak letak jawatan aku tak peduli, tapi duit rakyat kena pulang balik le. Jangan buat-buat lupa macam guna duit mak bapak dia orang. Kalau tak boleh bayar, rampas balik le, kete mercedez kena lelong le. Aku tak halalkan walaupun satu sen dari duit aku untuk manusia-manusia ngok