Pengakuan yang ditunggu : Ustaz Nasa TETAP SETIA pada PAS

Bekas timbalan presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa yang menerima asakan demi asakan berhubung kesetiaannya dalam parti, hari ini membuka mulut dan menyatakan beliau "tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno."

Katanya, dakwaan bahawa beliau terperangkap dalam agenda Umno, "terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas."

"Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah ahli PAS dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam, menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan," katanya.

Bercakap dalam satu kenyataan hari ini, Nasharudin juga berkata beliau belum pernah mengungkapkan untuk menyertai Umno sepanjang pembabitan beliau dalam parti itu.

"Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar," katanya lagi.
Beliau yang popular dengan nama jolokan Nasha di kalangan peminatnya, juga tampil membuat penjelasan ringkas hari ini untuk menjawab "tohmahan" di media dan laman sosial.

Dakwaan bahawa beliau terperangkap dalam agenda Umno disuarakan setiausaha agung parti, Datuk Mustafa Ali yang turut menyelar bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Mustafa juga menganggap Nasharudin dan Hasan kecewa kerana tidak dapat mempertahankan kedudukan masing-masing sebagai timbalan presiden dan pesuruhjaya Selangor.

Cuma apa yang ahli harapkan ialah beliau hadir pada Mesyuarat PAS Pusat kerana idea, tenaga dan pandangan beliau amat berharga kepada PAS. Beliau mempunyai ilmu yang tinggi, kemahiran bahasa yang mantap dan pandangan yang jauh. Satu lagi jangan membiarkan diri kita dipergunakan oleh musuh. Jika TV1, TV3 dan Utusan Malaysia memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada kita, itu maknanya kita sudah termasuk ke dalam perangkap musuh.

Comments

hussin said…
booleh beli ke ni? tak pernah hadir mesyuarat itu menggambarkan kesetiaan?

isy, biar betul!
hussin said…
booleh beli ke ni? tak pernah hadir mesyuarat itu menggambarkan kesetiaan?

isy, biar betul!
ketua caw. pas said…
maaf.saya sudah kurang percaya setelah apa yg mereka lakukan tempohhari.

rasanya ahli biasa di cawangan saya lebih cerdik politik dari mereka2 ini jika benar mereka2 naif tentang propaganda media perdana.