9 Januari : Hanya ADA 3 OPSYEN untuk Anwar, PR dan rakyat SUDAH BERSEDIA


9 Januari ini bakal menentukan landskap politik baru Malaysia. Itu antara ramalan dan telahan beberapa pemerhati politik. Mungkin era REFORMASI 2 akan berlaku setelah reformasi 1 pada 1998 dahulu.


Anwar akan menghadapi 3 kemungkinan. Pertama beliau didapati BERSALAH dan TIDAK dibenarkan ikat jamin sebelum menunggu prosess rayuan. Kedua, beliau DIBEBASKAN dan ketiga beliau didapati BERSALAH tetapi dibenarkan untuk IKATJAMIN sementara menunggu rayuan.

Jika beliau didapati BERSALAH dan TIDAK DIBENARKAN IKAT JAMIN maksudnya PR akan memasuki PRU 13 tanpa Anwar. Jika beliau dibenarkan IKATJAMIN maka Anwar TIDAK BOLEH bertanding tetapi boleh berkempen ke serata pelusuk negara pada PRU 13 jika ianya diadakan pada masa terdekat. 

Inilah opsyen-opsyen yang ada sekarang. BN sudah tentu mempunyai strategi tertentu bagi menghadapi situasi ini. Manakala PR sudah tentu bersedia dengan keadaan yang paling teruk iaitu Anwar disumbat dalam penjara tanpa dibenarkan ikatjamin.

Di pihak rakyat sebenarnya, kami sudah bersedia untuk mengundi PR walau siapa pun ketua mereka. Apa yang penting ASAL BUKAN Umno/BN (ABU).

Kita mengambil iktibar dari apa yang berlaku di Turki di mana Erdogan dipenjarakan oleh pemerintah hanya kerana kesalahan membaca sajak. Ketika Pilihanraya Turki pada masa itu, Erdogan merengkok dalam penjara. Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) masuk pilihanraya yang menang. Mereka melantik Abdullah Gul menjadi Perdana Menteri dan Erdogan dibebaskan dan pilihanraya kecil diadakan. Erdogan dilantik menggantikan Abdullah Gul. Ini juga boleh diaplikasikan di Malaysia.

Apa penting PR mesti bersatu dan tidak mudah melatah dengan serangan dan provokasi BN yang sudah tentu akan mengambil kesempatan jika Anwar disumbat ke dalam penjara.

Kepada BN...............jangan bimbang, rakyat sudah cerdik walaup apapun BN lakukan......rakyat akan tetap TOLAK BN pada PRU 13 nanti.

Comments

acop Melaka/Phg said…
Betulnya org ramai telah confirm utk menumbangkan umno/bn selepas PRU13 ini. Hanya bnyk keja dibuatkan oleh kwn2 PR kita diMelaka/Johor/N9/Phg/Sarawak dan Sabah..teruskan jumpa org2 kampung menceritakan betul2 betapa pentingnya PRU x lama lg ni
Anonymous said…
kah..kah..kah...kah......