PAS Melaka alu-alukan PROVOKASI Umno

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari(gambar) mengalu-alukan keputusan Umno ingin mengadakan ceramah di sebelah program makan malam sempena ulang tahun PAS kali ke 60 malam ini.

Adly berkata PAS Negeri sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa kesan dari keputusan Umno mengadakan program ceramah bersebelahan ini.

"Kami sudah maklumkan pada Polis kesan provokasi Umno ini, tapi apa Polis boleh buat kalau dah menggila".

"Negara ini mengamalkan demokrasi sesiapa pun boleh menganjurkan program dan ceramah" kata Adly yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Beliau menjemput seluruh rakyat negeri Melaka hadir pada kedua-dua program tersebut dan mereka boleh menilai siapa yang matang dan tidak matang disamping mereka boleh memikirkan hujah-hujah yang diperkatakan oleh pemimpin PAS dan penceramah Umno.

"Datuk Ali boleh nilai malam ini, nak tanding di Dun Bukit Baru atau pindah ke Parlimen Tangga Batu" tambah Adly.

Program makan malam ini dianjurkan oleh Badan Penggerak Demokarasi dan Mobilasi Negeri Melaka itu akan bermula pada jam 6.15 petang hingga 11.00 malam ini. Ianya diadakan di tanah lapang Jalan Bukit Baru-Duyong.  

2 orang tetamu istimewa dijemput iaitu Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin. Sementara Umno diberitakan akan menampilkan Ahli Parlimen Bebas dari Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin dan Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail.

Sementara itu Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Aizat Baharuddin kesal dengan tindakan Perkasa dan Umno yang menggantung banner provokatif sekitar tempat program sambutan 60 tahun PAS malam ini.


"Selain memberi ugutan, beberapa baner dan poster bermotifkan provokasi juga di lihat di gantung dan di tampal di sekitar tempat program. Baner dan poster provokatif itu di tulis dan di lukisan dengan beberapa perkataan yang  mengecam Hj.Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat pusat lain."

"Ada baner yang di tulis dengan perkataan “DAP Peralat Mat Sabu Hapus Kuasa Politik Melayu” , “Komunis Peralat Mat Indera” dan beberapa poster dengan lukisan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat antaranya fitnah ‘skandal cinta KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng". tambah Aizat.

Beliau berkata provokasi ini telah menjadi sebahagian corak politik Perkasa dan UMNO yang telah kehabisan modal untuk berhujah. Setelah gagal berhujah fakta, mereka menggunakan pula hujah ugut mengugut dan gangster  bagi menyekat kemaraan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, Dewan Pemuda PAS berharap pihak berkuasa dapat mengawal keselamatan malam ini agar kejadian tidak diingini tidak berlaku sebagaimana yang terjadi di Rembau baru-baru ini.

Aizat juga berharap para penyokong PAS dan PR bertenang dan dapat mengawal emosi supaya tidak terjerat dengan provokasi Perkasa dan Umno yang cuba memporak perandakan program PAS yang telah lama dirancang ini.

Comments